Misteri "Batu Gong"
Pernahkah anda semua melihat rupa bentuk batu yang menyerupai sebuah gong? @ seakan - akan bentuk gong? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak pernah. Namun, mungkin anda dapat bayangkan bahawa rupa batu tersebut mempunyai bonggol di tengah2 nya yang seakan - akan bonggol pada sebuah gong..
Okay, mungkin ramai yang tidak menyedari akan kewujudan sebuah batu istimewa yang terletak di Sungai Katibas (pedalaman Sarawak) ini. Apa yang menarik tentang batu ini ialah bentuknya yang seakan - akan bentuk gong (walaupun tidak begitu ketara). Jika diperhatikan dari tepi, memang jelas terdapat sedikit bonjolan kecil pada permukaan batu ini. Pasti ramai yang tertanya - tanya adakah batu ini merupakan ciptaan semulajadi ataupun buatan manusia? Baiklah...bagi yang berpegang teguh kepada agama, inilah hasil ciptaan Tuhan yang esa....namun, menurut pandangan orang2 yang masih mengamalkan kepercayaan animisme (pagan), terdapat mitos tersendiri yang dikaitkan dengan kewujudan batu misteri ini.
Baiklah, tanpa membuang masa (mcm nak ke mana la pula..haha) saya akan kongsikan dengan anda semua, mitos di sebalik kewujudan batu ini. Okay, terlebih dahulu, biarlah saya memperkenalkan nama batu ini yang diberi oleh penduduk tempatan yang menetap di sekitar Sungai Katibas ini. Batu ini pada asalnya dikenali dengan nama "Batu Bedawak @ Tawak" (tawak = gong). Namun demikian, namanya kini lebih dikenali sebagai "Batu Gong" memandangkan masyarakat lebih sinonim dengan perkataan "gong".
Baiklah, sekarang, masuk ke episod mitos di sebalik batu ini. Menurut orang zaman2 dahulu, pada asalnya, batu ini merupakan tempat kediaman sejenis binatang bunian yang dinamakan "Remaung". Menurut penduduk tempatan, Remaung ini merupakan sejenis binatang jadian yang badannya separuh manusia dan separuh singa. Bahagian kepalanya bebadan singa manakala, bahagian bawahnya bebadan seperti manusia. Seperti singa sebenar, Remaung ini juga merupakan sejenis "binatang" karnivor yang memakan daging. Namun demikian, yang membezakannya dari singa ialah daging yang menjadi makanan Remaung ini ialah daging manusia! Bayangkan!..Daging manusia!...
Setiap hari Remaung akan keluar dari tempat kediamannya untuk memburu kaum Iban yang menggunakan perahu melalui Sungai Katibas tersebut. Ia akan duduk di sebuah batu yang berada di seberang kediamannya untuk menunggu mangsa yang bakal menjadi santapannya setiap hari. Setiap hari, ada sahaja orang Iban yang menjadi mangsanya. Pendek kata, binatang jadian ini memang ganas dan amat menggerunkan masyarakat Iban yang mendiami tebing Sungai Katibas pada masa itu.
Hendak dijadikan cerita, adalah seorang pahlawan dari kayangan yang bernama Bungai Nuing yang tidak tahan melihat kelakuan Remaung tersebut. Sedikit cerita mengenai Bungai Nuing ini......Beliau merupakan pahlawan yang berasal dari sebuah tempat yang dinamakan Panggau Libau(kira macm kayangan la..). Orang2 Panggau Libau memang terkenal dalam kalangan orang2 Iban kerana kesempurnaan yang dimiliki oleh mereka. Menurut masyarakat Iban yang masih mengamalkan kepercayaan pagan, orang2 dari Panggau Libau ini memang terkenal sakti, tampan, cantik, gagah, rajin, baik dan segala - galanya la...Pendek kata, orang2 dari Panggau Libau ni memang sempurna baik yang perempuan, mahupun yang lelakinya.
Okay...cukup cerita pasal asal usul Bungai Nuing, bebalik pada cerita asal usul Batu Gong tadi. Ok, melihat kekejaman Remaung tersebut, Bungai Nuing menjadi marah (kerana Bungai Nuing mempunyai hubungan baik dengan orang Iban). Setelah itu, Bungai Nuing turun ke bumi untuk mengalahkan Remaung. Maka, bertarunglah Bungai Nuing dengan Remaung pada hari itu. Menurut cerita orang2 tua, sebuah pertarungan yang hebat telah terjadi antara Bungai Nuing dan Remaung pada waktu itu. Kedua - duanya masing2 mempunyai kekuatan tersendiri yang sungguh hebat dan sakti. Melihat keadaan tersebut, Bungai Nuing mula mencari akal untuk mengalahkan Remaung. Akhirnya, dia mendapat satu akal iaitu dengan menyembunyikan diri sementara menunggu Remaung masuk ke dalam lubang batu yang menjadi kediamannya itu. Setelah Remaung memasuki kediamannya itu, Bungai Nuing keluar dari tempat persembunyiannya lalu menggumpal beberapa ketul batu yang berada berdekatan kawasan tersebut sehingga berbentuk bulat lalu ditampalnya pada lubang batu yang menjadi pintu masuk ke kediaman Remaung tersebut. Habis semua lubang batu tersebut ditampalnya menggunakan batu2 yang telah digumpal menjadi bentuk bola sehinggakan Remaung tidak dapat keluar dari tempat kediamannya. Akhirnya, Remaung mati di dalam lubang batu tersebut.
Secara kebetulan pula, bentuk batu kediaman Remaung tersebut berbentuk seperti sebuah gong setelah disumbat dengan batu yang digumpal oleh Bungai Nuing lalu batu tersebut dinamakan "Batu Gong" sehinggalah ke hari ini. Sehingga sekarang, penduduk sekitar Sungai Katibas yang melalui batu tersebut masih menggelar batu tersebut dengan nama "Batu Gong" walaupun pada asalnya, batu tersebut merupakan tempat kediaman Remaung. Sehingga kini juga, tempat yang dinamakan"Batu Gong" masih menjadi tempat pemujaan bagi orang2 yang masih mengamalkan kepercayaan pagan.Batu yang menjadi tempat Remaung menunggu mangsanya juga masih wujud hingga ke hari ini.
Batu yang menjadi tempat menunggu Remaung
View dari tepi batu tempat Remaung menunggu mangsanya.
Inilah batu yang dikatakan Batu Gong..
Batu Gong..
Batu Gong kelihatan sudah terbelah dua akibat pergerakkan kerak bumi setelah bertahun - tahun.
Jadi, beginilah mitos di sebalik kewujudan Batu Gong. Sama ada anda mahu percaya @ tidak, terpulanglah kepada anda.... :). Sekiranya anda ingin membuktikan sendiri kewujudan tempat ini, anda boleh berkunjung ke rumah panjang saya dan saya akan berbesar hati untuk membawa anda ke tempat letaknya batu ini..
P/s: Untuk pengetahuan pembaca, saiz batu ini adalah jauh lebih besar dari yang dilihat dalam gambar ini. Ketinggiannya kira - kira tiga depa lelaki dewasa dan lebarnya empat depa lelaki dewasa.
Sumber : http://jugampukungsactivity.blogspot.sg/