Antara Aktiviti Bomba & Penyelamat Daerah Song:,

   

RELA

Pasukan RELA

  • Objektif Membantu mengekalkan Keselamatan dan Kesejahteraan Negara .
  • Misi Membantu Agensi Keselamatan supaya keamanan dan keselamatan negara terkawal melalui penglibatan rakyat di dalam Pasukan RELA.
  • VisiNegara sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera.

Peranan RELA

a.    Mata dan telinga kerajaan.

b.    Membantu agensi keselamatan.

c.    Mempelopori aktiviti kemasyarakatan setempat.

Tugasan

a.    Bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dalam menangani masalah dadah, Pendatang Tanpa Izin (PATI), Bencana Alam dan  masalah-masalah sosial.

b.    Membantu dan bekerjasama dengan rakyat melalui aktiviti kemasyarakatan. 

Penubuhan Pasukan RELA Daerah Song

Ditubuhkan pada tahun 1972, bermula dengan 01 platun yang berkekuatan seramai 41 ahli Relawan ditadbir oleh Mej. (RELA) Ajan selaku Pegawai RELA Daerah. Sehingga pertengahan tahun 2005, Daerah Song telah mempunyai 17 platun termasuk 02 platun khas dengan keahlian seramai 561 ahli yang terdiri daripada 517 relawan dan 44 relawati. Platun-platun yang dimaksudkan ialah:

a.    15 Platun biasa.          

b.    01 Platun Keselamatan Daerah (PKD) Pekan Song.        

c.    01 Platun khidmat Masyarakat RELA (PKMR) Sg. Embuau.* Bilangan ini tidak termasuk permohonan baru bagi penubuhan platun yang belum diproses.

Borang Permohanan Keahlian

Borang permohonan keahlian boleh diambil daripada Pegawai RELA Song.

Aktiviti Rela

Pasukan Bomba Sukarela Pekan Song

 P.C: Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit

Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Song memainkan peranan penting kerana boleh membantu operasi menyelamat dengan cepat jika berlaku sebarang kecemasan, lebih-lebih lagi Daerah Song yang dahulunya belum ada Balai Bomba(Proses Penyiapan).

Tujuan penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan tertentu bagi menggalakkan penduduk- penduduk setempat untuk :

  • Penubuhan pasukan pemadaman dan penyelamat bagi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  • Membantu memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran.
  • Mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran.
  • Pasukan bomba sukarela akan dapat membantu jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia didalam usaha-usaha penjagaan pili bomba yang terdapat di kawasan masing-masing.

 

Antara Khidmat Pasukan Bomba Sukarela Pekan Song:

Aktiviti: Penangkapan Ular Berbisa
Tempat : Daerah Song