Sumber: Pejabat Daerah Song
Daerah Song berkeluasan 3,935.20 kilometer persegi, merupakan salah satu daripada tiga komponen daerah pentadbiran yang membentuk Bahagian Kapit, selain Daerah Kapit dan Daerah Belaga yang merupakan bahagian terbesar di negeri Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi. Dari segi geografinya, 90% kawasannya adalah dataran tanah berbukit-bukau yang masih diliputi hutan premier yang ditumbuhi pokok-pokok kayu bernilai tinggi.
- Masa: (GMT +08:00) Kuala Lumpur, Singapura
- Iklim: Iklim tropika dengan suhu harian purata antara 23 hingga 32 darjah Celsius. Hujan lebih kerap semasa musim monsun (November -Februari).
Pengangkutan Utama di Daerah Song
1) Jalan sungai
- Menggunakan perahu panjang bagi penduduk yang dipersisir Sungai sepanjang Batang Rajang.
2) Jalan Raya
- Jalan Raya yang dapat menghubungkan Sibu-Song-Kapit
- Sangat- sangat menjimatkan masa.
Demografi
- Bahasa: Melayu, Inggeris, Iban, Cina dan dialek etnik bumiputera lain
- Agama: Islam, Kristian, Buddha