Slogan "Sukan Menyatukan Semua" amat bertepatan dengan matlamat pengajuran futsal di Daerah Song yang bermatlamatkan menyatu padukan perpaduan serta silaturrahim para belia di Daerah Song yang tidak mengira bangsa dan agama serta latarbelakang seseorang pemain. Penglibatan belia dalam Futsal ini bukan sahaja aktiviti sihat malah, menghindari mereka daripada kancah kegiatan negatif yang boleh merosakkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat

BELIA

Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti.  Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti (Community Youth Development).

Falsafah

  • Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development).
  • Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.
  • Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup.
  • Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Konsep

Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh

Visi

Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosiobudaya serta berupaya menjadi pemangkin ke arah perpaduan dan pembangunan negara.

Misi

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.

Objektif

  • Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik.
  • Menjadikan insan prihatin, mahir dan dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”.
  • Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama di kalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti.
  • Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda.
  • Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda.
  • Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti.

Aktiviti Rakan Muda

Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara berkumpulan dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial dan budaya yang dilaksanakan melalui 'Gaya Hidup Rakan Muda'. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh untuk komunti tersebut. Secara tidak langsung, transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.

Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal gaya hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal gaya hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.  

Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.