CELIK IT_ASAS KOMPUTER, INTERNET DAN MICROSOFT OFFICE

Nama

: Noria Anak Jenia

Umur

: 21 tahun

Ahli

: 2024

Latar belakang

Noria Anak Jenia merupakan Pelajar Lepasan SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Song  No. 2 (SMK SONG NO 2). Selepas tamat belajar beliau menghabis masa lapang beliau untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT di NADI Song supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dalam bengkel, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft office, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Didalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seeharian kita.

Melalui latihan yang diadakan di NADI, boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang di berikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Disamping itu juga, antara kebaikan internet ialah membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan.

Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh dengan menggunakan komputer ia boleh merekodkan bunyi imej dan sebagai pengesan gerakkan.Selain itu, teknologi maklumat digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber penerima.