SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) SONG

NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
 
 
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Song menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office
  • Latihan keusahawanan- Canva
  • Advokasi Klik Dengan Bijak
  • Kelas Digital Learning
  • Kelas online (Asas Keusahawanan, Entering the job Market, AgroTechnology & Cakna Gaya Hidup.

 

 

 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Song telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2009. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Song bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 Ahli Lama

1766

 Ahli Baru Bulan Jun 2024

12

 Keseluruhan pada Bulan Jun 2024

1778

 
 
 KENALI PETUGAS NADI:

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 
PENGURUS
 
 
Nama : Cik Daisy Anak Unggang
Mula berkhidmat : 08 Januari 2009
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
  
Nama : Pn. Weini Anak Ensali
Mula berkhidmat : 01 Oktober 2009
 
 
RAKAN DIGITAL
 
Nama : Cik. Miyah Anak Terang
Mula berkhidmat : 15 September 2023