Laporan Oktober 2024- Advokasi KDB (Aspirasi Digital)

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:

-Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

-Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain

-Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri

-Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Aktiviti

KDB-Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

Laporan Oktober 2024- Advokasi KDB (Aspirasi Digital)

Tujuan

Objektif Kelas STEM: Kraftangan Manik Kabo Menggunakan Straw
1. Mengasah kreativiti dalam membuat aksesori dari bahan terbuang.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kitar semula dan alam sekitar.
3. Mengaplikasikan konsep STEM dalam aktiviti kraf.
4. Mengembangkan kemahiran motor halus pelajar.
5. Menggalakkan kerjasama dan kesabaran.
 
Aktiviti
Butiran Aktiviti STEM: Kraftangan Manik Kabo Menggunakan Straw
 
1. Pengenalan Kitar Semula dan Kraf Manik Kabo
    - Penerangan ringkas tentang kitar semula, kepentingannya, dan bagaimana straw boleh dijadikan bahan kraftangan.
    - Contoh manik kabo dan penerangan langkah-langkah aktiviti.
 
2. Penyediaan Bahan dan Alat
    - Bahan: Straw terpakai, benang atau tali, gunting, dan penanda.
    - Alat: Pengukur, penebuk kecil, dan gam (jika perlu).
 
3. Langkah Membuat Manik Kabo
   - memotong straw kepada bahagian kecil dan seragam.
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto