Laporan Julai 2024- Program Kenali NADI bersama Komuniti MADANI

Tujuan

Memperkasa komuniti dengan meningkatkan potensi melalui pelbagai program latihan yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan merapatkan jurang sosioekonomi. Program ini juga berfokus kepada menyediakan capaian internet yang kolektif untuk merapatkan jurang digital, terutama di kawasan luar bandar dan kurang liputan perkhidmatan. Selain itu, ia bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat terkini dan tepat mengenai inisiatif kerajaan dan manfaatnya kepada rakyat, memastikan maklumat ini dapat diakses oleh komuniti yang kurang diberi perkhidmatan

Aktiviti

1. Kaunter Pendaftaran Mydigital ID
2. Pameran dan jualan Produk NADI Song
3. Pameran Sudut Maklumat Rakyat
4. Ceramah Kenali NADI
5. Ceramah Pejabat Kesihatan Song
6. Ceramah Pegawai Penerangan Song
7. Kursus Anyaman Komuniti Madani Bersama KRT
 

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

Laporan Julai 2024- Sesi Handholding Program Komuniti Madani (Sejati Madani) kepada JKKK di Daerah Song

Tujuan

Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.
 

Aktiviti

Program ini merupakan satu bentuk program bantuan kerajaan yang bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.

“Komuniti” di sini merujuk kepada kumpulan orang/ masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah, negeri atau negara tidak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah:

(i) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);

(ii) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP);

(iii) Komuniti Rumah Panjang;

(iv) Komuniti Kampung Orang Asli;

(v) Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan

(v) Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

Laporan Julai 2024- Multimedia (Latihan Asas Media Baru)

Tujuan

Latihan Asas Media Baru biasanya bertujuan untuk memberi pelajar kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berfungsi secara efektif dalam persekitaran media digital yang sentiasa berkembang.
 

Aktiviti

Objektif pembelajaran untuk kelas multimedia, khususnya dalam konteks latihan asas media baru:

Memahami Konsep Dasar Media Baru:

1.0 Pelajar dapat mendefinisikan dan menjelaskan apa yang dimaksud dengan media baru.

2.0 Pelajar dapat mengenal pasti ciri-ciri utama media baru berbanding dengan media tradisional.

3.0 Menggunakan Alat dan Perisian Multimedia:

4.0 Pelajar dapat mengenal pasti dan menggunakan alat asas dalam perisian multimedia.

5.0 Pelajar dapat mencipta dan mengedit elemen multimedia asas seperti imej, video, dan audio.

6.0 Mencipta Kandungan Multimedia:

Pelajar dapat menghasilkan kandungan multimedia yang berkesan untuk pelbagai platform, termasuk web, media sosial, dan aplikasi mudah alih.

7.0 Pelajar dapat memanfaatkan teknik reka bentuk untuk mencipta bahan multimedia yang menarik dan berfungsi.

 
 

Laporan Julai 2024- Advokasi KDB (Aspirasi Digital)

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:

 # Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

 # Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain

 # Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri

 # Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 Aktiviti

KDB-Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto