Laporan Mei 2024- Multimedia Kelas Canva (Suntingan Imej)

Tujuan

Objektif Pembelajaran menggunakan Canva bukan sahaja memudahkan proses reka bentuk tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kreativiti, bekerja dalam kumpulan, dan menguasai kemahiran yang berguna untuk masa depan mereka.

Aktiviti

Objektif pembelajaran untuk kelas Canva

1. Penguasaan Antara Muka Canva:

    Pelajar memahami dan dapat menavigasi antara muka pengguna Canva dengan baik.

2. Reka Bentuk Grafik Asas:

   Pelajar mampu membuat reka bentuk grafik asas menggunakan alat dan templat yang tersedia di Canva.

3. Penggunaan Elemen Reka Bentuk:

   Pelajar boleh menambah dan mengedit elemen reka bentuk seperti teks, gambar, ikon, dan bentuk dalam projek mereka.

4. Pengubahsuaian Templat:

  Pelajar dapat memilih, mengubahsuai, dan mempersonalisasi templat yang disediakan oleh Canva mengikut keperluan projek mereka.

5. Reka Bentuk untuk Media Sosial:

   Pelajar mampu membuat reka bentuk yang menarik untuk pelbagai platform media sosial (posting, cerita, header, dll.).

6. Kolaborasi dalam Canva:

 Pelajar memahami cara berkongsi projek dan bekerjasama dengan orang lain menggunakan ciri kolaborasi Canva.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

Laporan Mei 2024- Advokasi KDB (Aspirasi Digital)

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:

 # Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

 # Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain

 # Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri

 # Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 Aktiviti

KDB-Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto