Laporan Mac 2024- Advokasi KDB (Teknologi dan anda)

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:

 # Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)

 # Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain

 # Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri

 # Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 Aktiviti

KDB-Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

Laporan Mac 2024- Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Emel)

Tujuan

Objektif utama adalah untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan e-mel secara profesional, berkesan, dan beretika dalam persekitaran perniagaan dan komunikasi.

 Aktiviti

1. Memahami Konsep Dasar Email:

• Peserta dapat menjelaskan konsep dasar pengiriman dan penerimaan email.

• Peserta memahami komponen-komponen utama dari sebuah email.

2. Menguasai Etika Email:

• Peserta dapat mengidentifikasi dan menerapkan prinsip-prinsip etika email.

• Peserta memahami pentingnya keamanan dan privasi dalam penggunaan email

3. Menggunakan Alat Email Secara Efektif:

• Peserta dapat menggunakan fitur-fitur dasar dan lanjutan dari penyedia layanan email (contoh: Gmail, Outlook, dll.).

• Peserta dapat mengelola kotak masuk, membuat folder, dan menggunakan filter email.

4. Meningkatkan Kemampuan Komunikasi:

• Peserta dapat menulis email yang jelas, singkat, dan informatif.

• Peserta memahami berbagai gaya komunikasi yang sesuai untuk berbagai konteks.

5. Memahami Keamanan Email:

• Peserta dapat mengidentifikasi tanda-tanda phishing dan tindakan yang harus diambil untuk menghindari penipuan.

• Peserta memahami pentingnya menggunakan kata sandi yang kuat dan melindungi data sensitif

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto