Golongan Wanita adalah golongan yang sangat aktif di Kawasan Daerah Song. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai surirumah malah ada yang aktif dalam bidang kehidupan baik sosial,ekonomi dan politik sehinggakan ada di kalangan para wanita melakukan kerja kasar.
Disamping itu, Daerah Song juga mempunyai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang membantu golongan wanita memajukan diri melalui aktiviti seperti masakan, jahitan, anyaman, seni ayaman dan lain-lain. Jabatan Pertanian Daerah Song juga memainkan peranan penting dengan program 1 Azam dimana ia dapat membantu golongan wanita yang berminat dalam bidang manik sarawak dan hasil manik tersebut menjadi salah satu punca rezeki mereka.
Selain itu, ada diantara wanita di daerah song juga banyak menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara online seperti melalui media sosial facebook, whatsApp dan Wechat untuk menambahkan pendapatan keluarga. Perniagaan online yang sering menjadi tarikan komuniti setempat ialah barangan kosmetik, baju, produk kecantikkan dan lain-lain.