Usahawan PEDi Song_Produk Kraftangan Serbaneka
Nama |
: Lunyi Anak Mengkan |
Umur |
: 39 tahun |
Ahli |
: 2012 |
Latar belakang
Lunyi Anak Mengkan merupakan pelajar lepasan PMR tahun 2000 di SMK SONG. Beliau merupakan anak keempat daripada 5 beradik dan beliau berasal dari Rh. Mengkan Sungai Engkabau Katibas Song Sarawak. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Cardinal Vaughan Song. Selepas tamat belajar beliau menjadi suri rumah sepenuh masa dan beliau berminat dengan kraftangan yang serbaneka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum melibatkan diri dalam bidang usahawan, beliau kurang mahir dalam bidang medium online, tidak mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft office, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Didalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seeharian kita. Melalui latihan yang diadakan di PEDi, boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang di berikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Disamping itu juga, antara kebaikan internet ialah membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan.
Dengan Teknologi maklumat yang ada beliau dapat menggunakan pelbagai platform digital untuk memasarkan produk beliau seperti penggunaan watsapp, facebook, shopee dan lain-lain disamping menambahkan pendapatan keluarga beliau.